Friday 27 January 2012

suami hebat


Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.
Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?”
Amat: “Ya betul…”
Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”
Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”
Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”
Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”
Pian: “@#$!%^&%”

Lawak Ayat-ayat Cinta Selepas Kawin


Ayat Selepas Kahwin
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

Kisah Lucu di Kem Tentera

Lawak Askar
Di sebuah kem tentera, seorang Jeneral sedang menunggu askar-askar yang lambat, dari jauh kelihatan seorang askar sedang berlari.
Askar: Minta maaf tuan, saya terlambat.
Jeneral: Kenapa awak lambat?
Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi sampai di satu ladang, teksi tu pancit, tuan, saya pinjam seekor kuda dari ladang tu tapi hampir 2 kilometer dari kem, kuda tu mati, tuan. Lepas tu saya terus berlari sampai ke kem ni, tuan.
Jeneral: Baiklah, awak boleh pergi.
Askar: Terima kasih tuan.
Selepas beberapa minit, seorang lagi askar muncul sambil berlari.
Askar: Minta maaf tuan, saya terlambat.
Jeneral: Kenapa awak lambat?
Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi sampai di satu ladang, teksi tu pancit, tuan, saya pinjam seekor kuda dari ladang tu tapi hampir 2 kilometer dari kem, kuda tu mati, tuan. Lepas tu saya terus berlari sampai ke kem ni, tuan.
Jeneral agak ragu-ragu tetapi melepaskan askar itu juga. Beberapa jam kemudian, hampir 30 lagi askar pulang dan menceritakan cerita yang sama sehingga Jeneral menjadi semakin curiga. Pada malamnya, tentera yang terakhir sampai tercungap-cungap.
Jeneral: Jadi awak ni apa cerita?
Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi….
Jeneral: Biar saya teka, teksi tu pancit bukan?
Askar: Tidak tuan, banyak sangat bangkai kuda sampai teksi tu tak boleh lalu tuan.
admin: Have a nice day :D